Rabu, 26 Mac 2014

Squat - dapat free tiket


Em .. dalam gambar ni seorang wanita di German melakukan senaman Squat sebanyak 30 kali untuk mendapatkan tikit free... Lupakan Malu dan buat

Di german tindakan satu syarikat pengangkutan patut mendapat pujian... Bijak, untuk orang yang gemuk diberikan tiket free untuk menaiki tren dengan hanya melakukan seperti gambar sehingga 30 kali ulangan. Beginilah baru dinamakan kerja amal... sambil membantu kumpulan sasaran menurunkan berat badan. Benda ni kalau buat kat kantin sekolah, nescaya rosak mesen tu sebab kita ni pantang ada benda free... sapu pukui rata, no..(gunakan slang kedah haii)

Terbaru!! ada yang menggunakan nama anak yatim supaya mendapatkan derma demi kekayaannnya... Doa yang seleweng benda-benda durjana ni akan mendapat balasan buruk di Akhirat, Bertaubatlah!!

Jumaat, 21 Mac 2014

Kursus Guru PKBM Negeri Johor

Lama dah Chegu tak update blog ni... Biasa lah statement biasa seorang Blogger, Malas dan tak de masa nak update.... Sambil baru-baru ni Chegu kena kursus Guru PKBM, nama panjang dia Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, peringkat negeri tu..


Intensif kursus ni, 30 peserta guru PKBM seluruh johor, 4 hari 3 malam. Ala-ala tentera, bawah Rejimen Artileri Diraja ...psst takbleh berikan maklumat penuh sebab pengawai pemerintah dah warning atas rahsia ketenteraan. Sebenarnya gambar di atas ni pun takbleh tujuk kepada umum. Tapi kalau tak letak mcmn nak tau bukti kita pergi.. harap takde apa-apa.

Awalnya kurang seronok sebab macam biasa lah, silibus pengenalan, kawad kaki, pertolongan cemas... Ok plak lepas tu sebab ada beberapa bab berkenaan ketenteraan yang agak baru pada kita ni orang awam.. Bab Paling best, pengenalan dan mengendali senjata.. itu pun sedikit je kita tahu.

Hari Akhir adalah penggunaan senjata M16. Pihak penganjur mengadakan pertandingan menembak.  Hehe first timer pegang senjata dapat tempat ke-5.. Ok lah dapat juga hadiah saguhati.. Mcm tak percaya je sebab ada cikgu lain yang dah biasa pegang senjata ni.. tapi takbleh nak act jugak sebab mata chegu dengan tempat Ketiga jauh 10 mata. Ada juga pertandingan menembak piring, Emm kumpulan chegu kalah pusingan awal kalah mati.. takda nasib.

Riadah Petang main bola tampar, dekat 5 tahun dah tak
main, 'setting' pun tak pandai, tu yang tepuk kepala.
Dengan slipar jepun plak tu kikiki


Post lama : solat istisqa : solat mohon hujan, Alhamdulillah turun juga hujan setiap petang.. dah hampir seminggu. Harap catuan ditarik balik sebab dua minggu depan Perkhemahan PKBM Peringkat daerah nak berlangsung, kem tentera pun bermasalah bekalan air.

Rabu, 19 Mac 2014

1st Giveaway by Puan Husna

Segmen dari Puan Husna, dia mengajak reramai kite bersama-sama memeriahkan blog dengan menarik ramai rakan.. Hehe.. mcm biasa chegu tumpang sekaki untuk tambah rakan blogger. Sejak duamenjak ni, amai juga rakan blogger nak add follower chegu ni... kah..kah..kah.. prompt tak laku nampaknye..

Klik gambar untuk ke segmen ini
Emm ada juga terlintas nak terfikir mahu mendapat hadiah yang ditawarkan beliau... tapi tengok komen ... Tuuu dia 50++, takpe, dah dapat dah T-Shirt hadiah saguhati "pertdgn menembak" masa kursus haritu.

Cadangan Chegu!!

Bab layout blog Puan Husna takde ape-ape, cuma penggunaan saiz imej agak keterlaluan dan mengganggu. Kalau pandai, gunakan tag HTML paga gambar dan set width="100%" barulah tak mengganggu layout tu.
(kalau tak paham... abaikan)

Komen lain takde kot.. sebab mudah benor nak join..(jgn la plak kendian nanti disusahkan nak join, chegu ni kekadang je update blog ni, tak rajin nak wat segmen)

OK.. selamat bersegmen

Jumaat, 14 Mac 2014

Solat Istisqa - Solat Mohon Hujan

Sudah 3 bulan genap Kluang tak hujan. Terbaru dah sebulan catuan air kat daerah ini telah ditingkatkan kepada tiga hari... Terasa bahang yang amat sangat, ditambah air pun tiada..

Panorama - solat beramai-ramai di padang sekolah

Inisiatif dari setiap sekolah di sekitar kluang sekarang tengah berusaha untuk membuat Solat Istisqa (solat mohon hujan. Sekolah Chegu juga tak terkecuali melakukan solat ini... Emm, baru pertama kali Chegu buat solat ni jadi tak berapa tahu sangat. Semua solat di padang sekolah, dengan membawa sejadah dan tikar dari rumah, ambil wudu pun kat rumah sebab air dicatu.

Penerangan Solat oleh Ust Anuar
Em.. solatnya macam solat hari raya, solat dua rakaat, dengan 7 takbir pada rakaat pertama dan 5 takbir di rakaat kedua. Selepas tu ada khutbah setelah solat. Tu yg diletak rostrum kat sebelah imam..



Ceh, gambar tak berkaitan pun ada, bukan apa, nak tunjuk padang kekuningan, rumputnya mati. Moga diperkenan Allah S.W.T. diturunkan hujan.... amin

SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER

Jom bersegmen. Harini terjumpa blog Ayuinsyirah. Harap makin bertambahlah rakan blogger beliau. Chegu x rajin nak cari raka blogger. Blogging sekadar suka-suka je, memenuhi masa terluang. Tapi kalau ada yang sudy jadi rakan Chegu apa salahnye kan. Add Chegu dan Chegu akan add balik.


Dah gam gambar dan link banner beliau

Em kena pula jawab soalan beliau. Ini jawapannya, Chegu asal dari Negeri Johor Darul Ta'zim.

Rabu, 12 Mac 2014

Sombong Betul Kakitangan Tabung Haji


Al-Kesahnya, Chegu nak mengeluh sikit... dalam kegairahan membuat deposit, biasalah kita ni menyimpan di Tabung Haji untuk mudahkan dan mungkin menyimpan hajat ke Tanah Suci Makkah.. simpanan ni pun dijamin dibayarkan zakat secara automatik...

Sekarang ni ramai juga bukan Islam, berebut menyimpan di Tabung haji sebab kadar dividen yang agak menguntungkan... Tahniah Chegu ucap sebab kompetent mengurus dan meningkatkan pendapatan orang Islam.

Tapi terkilan, insiden Chegu datang ke Kaunter sebab tahun lepas diumumkan dividen 2013, 6.0% dan Bonos Haji 2.0%, maka chegu membawa buku orang tua Chegu ke kaunter untuk dikemaskini... mana tahu cukup untuk mengerjakan Haji..Tapi APA KATANYE,

Dengan tiada hemah dan tawaduk... TAK BOLEH, Kalau tuan empunya sakit, mesti buat laporan doktor mengesahkan sakit... Kemaskini tak boleh... mesti tuannya juga????

Aihhh... bukannya nak lakukan pengeluaran pun... Apa dah jadi ni.. takkan HangPa dah establish "Kononya" nak kemaskini akaun pun mesti orangnya kena buat... bapa chegu sekarang ni mengalami strok kecil, susah bergerak ... doktor mana nak layan kita ni semata-mata sakit orang tua...??? Kalau kita teliti klien tabung haji majoritinya orang yang berumur 50 tahun keatas??

Sia-sia ja tadi ke pejabat tabung Haji... agak marah juga

Dikesempatan ini, Chegu menyatakan rasa dukacita atas kes kehilangan pesawat MH370.. Bersamalah berdoa akan keselamatan penumpang dan pesawat tersebut dijumpai..

Selasa, 11 Mac 2014

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe


Teringin nak power Bank ini lah

Em chegu sertai segmen blog Abe Zam ni... huhu dah komen yang ke 50++ oh ramainye yang nak power bank tersebut... kesahhhnya.

Apapun join je... mana tahu rezki.. semuanya kembali kepada Pencipta, Allah S.W.T. 

Jom klik banner untuk sertainya

Khamis, 6 Mac 2014

Awas Strok Haba - Cuaca Sekarang terlalu Panas


Macam-macam. Cuaca terlalu panas sehinggakan amaran telah diberikan dan berhati-hati kalau terdapat tanda-tanda strok haba pada Anda iaitu suhu panas melebihi 40.5 darjah Celsius

Punca - Kurang Minum Air
Tanda Awal
- Sakit kepala berdenyut - Mual - Kurang berpeluh - walaupun panas - Denyutan nadi pantas
Tanda lain
- Otot lemah - kejang otot - Muntah - Kulit kering - Sawan - Pitam


Langkah Mengatasi Versi Chegu

Langkah 1 - Pastikan minum air 8 gelas sehari (Kan Missy sek rendah dah bagitahu - Amalkanlah)

Langkah 2 - Mandi jika perlu - Mulakan mandi dengan menjirus kaki terlebih dahulu sehingga paras pinggang, biarkan air kering - Jirus air ke badan pula, biar air agak kering - Barulah dijirus kepala.. Ini baik untuk membuang panas dalam badan
(Lojiknya kat sini saluran pernafasan kita kat kepala - sejukkan bahagian jauh dari kepala dahulu)

Langkah 3 - Duduk dalam rumah dan kurangkan aktiviti luar, Kalau ada aircond hidupkan, tapi kalau kedekut / tak mampu kipas lipat guna suratkhabar pun boleh

Langkah 4 - Jika masih tak tercapai hajat nak sejukkan badan, Sila Rujuk Semula Langkah 1

Isnin, 3 Mac 2014

Ohh Pelajar - Belajar Math


Emm, belum abis nak cakap "kamu buat ni"...alahai, anak murid ku!!..

Sabtu, 1 Mac 2014

Selamat hari lahir 29 Februari 2014

Buat insan yang kad pengenalannya dengan digit xx0229-xx-xxxx - Semalam takde 29/2/2014 - Ohh macamana nak sambut hari jadi ni. Tarikh lahir anda tidak ada pada tahun ini. Istimewa buat anda, selamat menyambut hari lahir!


Sebenarnya 2014 tiada dalam kelendar, cuma tarikh rekaan je semata-mata. Chegu tertarik terdengar celoteh JoHaRa pagi di ERA..(radio era lah).. menyanyikan lagu selamat hari lahir buat mereka yang tarikh lahirnya pada 29 Febuari.

Walaupun sambutan hari lahir ni tidak pernah dianjurkan dalam islam, tapi mengenang waktu kelahiran sangatlah perlu kerana sakitnya melahirkan hanya Ibu sahaja yang tahu.. Mengenang jasa amat penting, Hormatilah ibu kamu sentiasa.. bukan waktu hari jadi je!

APA ITU TAHUN LOMPAT

1. Ia berlaku dimana apabila ada 29 hari pada bulan Febuari. Biasanya bulan Feb hanya 28 hari sahaja. ia akan berlaku 4 tahun sekali. Maknanya tahun ini akan ada 366 hari berbanding 365 hari. (tengok - kan ada gunanya math ni)

2. Tahun 2012 merupakan tahun lompat. Maka akan berlaku balik tahun lompat pada tahun 2016. dan seterusnya lagi 4 tahun akan datang

3. Kenapa perlu ada tahun lompat? Seperti kita tahu, bumi mengelilingi matahari mengambil masa 1 tahun. Tahukah anda bumi mengeliling matahari secara lengkap bukan 365 hari ataupun 366 hari dengan tepat? Sebenarnya, bumi mengeliling bumi mengambil masa 8766 jam atau bersamaan 365 hari 6 jam. Setiap 6 jam daripada 4 tahun dikumpulkan untuk menjadikannya 1 hari ( 6 jam x 4 kali = 24 jam dan 24 jam = 1 hari) dan 1 hari itu di letakkan pada tahun lompat iaitu pada 29 febuari. Dan kerana inilah wujudnya tahun lompat untuk setiap 4 tahun.

4. Bagi sesiapa yang tarikh lahirnya jatuh pada 29 febuari pada tahun lompat, selalunya dia kan menyambut hari kelahiranya pada 28 febuari ataupun pada 1 mac pada tahun biasa. Ini keistemewaan kepada individu ini yang tarikh lahirnya pada 29 febuari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareIt