Selasa, 19 November 2013

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2014

JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2014 KERAJAAN MALAYSIA Jadual Pembayaran emolument 2014 kerajaan malaysia

Berikut Merupakan Jadual Pembayaran gaji 2014 bagi kakitangan awam kerajaan malaysia.bagi bulan Januari hingga Disember

klik gambar untuk besarkan
berita baik hanya 1 kali je iaitu bulan oktober sahaja yang akan dibayar gaji awal disebabkan perayaan Deepavali

Pembayaran Gaji Bulan Januari 2014 | Pembayaran Gaji Bulan Februari 2014 | Pembayaran Gaji Bulan Mac 2014 | Pembayaran Gaji Bulan April 2014 | Pembayaran Gaji Bulan Mei 2014 | Pembayaran Gaji Bulan Jun 2014 | Pembayaran Gaji Bulan Julai 2014 | Pembayaran Gaji Bulan August 2014 | Pembayaran Gaji Bulan September 2014 | Pembayaran Gaji Bulan Oktober 2014 | Pembayaran Gaji Bulan November 2014 | Pembayaran Gaji Bulan Disember 2014


HOTs (Higher Order Thinking Skills) dalam Matematik

Sekarang ni sibuk satu negara guru-guru diberikan kursus untuk HOTs (Higher Order Thinking Skills) dalam Sains dan Matematik. Ianya untuk mengukur pelajar terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.




Maka banyak lah istilah yang diwujudkan.
KBat - Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
TIMMS - Trends in International Mathematics and Science Study
HOTS - High Order Thinking Skills
LOTS - Low Order Thinking Skills

HOTs (Higher Order Thinking Skills) atau pun Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pengajaran Sains dan Matematik pada masa kini. Tambahan pula, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai HOTs bermula pada Januari 2013.

APA ITU HOTs?

Kemahiran berfikir dengan tidak menggunakan algoritma seperti yang telah diketahui, ketika menghadapi situasi baru dan boleh mempunyai banyak penyelesaian.

maksudnya: tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita fikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perlu jadi lebih kreatif dan percaya bahawa masalah / situasi yang dihadapi boleh mempunyai lebih dari satu penyelesaian

Ini adalah bertentangan dengan LOTs (Lower Order Thinking Skills) yang hanya melibatkan kemahiran mengingat semula atau mengaplikasi konsep atau pengetahuan yang sedia ada.

Kata kerja seperti "inferens", "mewajarkan", "menaakul" dan "meramalkan" adalah kata kerja yang memerlukan HOTs. Namun perkataan seperti "menerangkan" (LOTs) juga mampu untuk dijadikan soalan HOTs jika menggunakan teknik yang betul.

TUJUAN DIPERKENALKAN HOTs

1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman
2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)
3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan
4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik

APA YANG GURU PERLU UBAH?

1. Ubah cara berfikir
2. Ubah cara menyoal
3. Ubah cara memotivasi
4. Menekankan aktiviti hands-on
5. Ubah jenis tugasan
6. Ubah cara pentaksiran
7. Ubah cara berkomunikasi

PERANAN GURU UNTUK HOTs

1. Memastikan murid aktif dalam p&p
2. Beri peluang kepada murid berbincang, bertanya dan beri pendapat
3. Mempelbagaikan strategi
4. Mengemukakan soalan yang membina, memimpin serta berfikir pada aras tinggi

PERBEZAAN HOTs DAN LOTs

Jika diperhatikan pada perbezaan antara soalan HOTs dan LOTs, kita dapat simpulkan secara ringkas bahawa soalan LOTs adalah soalan yang terus kepada jawapan dan jawapan yang ada hanyalah betul atau salah sahaja. Namun bagi soalan HOTs, pelajar perlu kreatif untuk mencari jawapan dan boleh memberikan jawapan lebih daripada satu, dan masih betul.




Ahad, 3 November 2013

Takwim Persekolahan 2014

Jadual Persekolahan (takwim, minggu, cuti, perayaan, sambutan, sekolah) telah rasmi di halaman web kementerian pendidikan malaysia. 

Klik gambar untuk membaca

Kumpulan A : Kedah, Kelantan
dan Terengganu

Kumpulan B
Sekolah-sekolah Kumpulan B : di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

Maka bolehlah merancang untuk takwim sekolah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareIt