Sabtu, 31 Ogos 2013

Reni Reka Halus - Tembikar Ting1

Minggu Ini juga chegu memperkenalkan satu lagi silibus dalam Pendidikan seni visual (PSV) untuk Tingkatan 1 (PBS). Tajuknya Seni Reka Halus Tembikar Tingkatan 1

Bahan - Tanah liat mainan

Kaedah / Teknik
1. Picit / membentuk
2. Lingkaran

Maka ada beberapa gambar evidens yang terbaik untuk 2 kelas chegu

Kelas 1RK2

Nurul Syuhada Bt. Zahari - Teknik picit serta membentuk
(arca/abstrak)
Drp Afini bt. Roslan - teknik lingkaran dan gubahan
(pasu bunga)

Kelas 1RK3
Nur Ifhami Bt Zakaria - Teknik lingkaran
Menariknya adik ini menggabungkan dua warna serta
membuat hiasan/gubahan bintik berselerak
Tahniah dan terima kasih anak-anak muridku, mungkin ini boleh memberi contoh untuk pelajar-pelajar untuk menghasilkan karya yang lebih menarik pada masa akan datang.

Seni Anyaman Tingkatan 1

Tahun ini subjek chegu mengajar adalah salah satunya pendidikan seni visual tingkatan 1. Maka pengajaran minggu ini adalah seni anyaman.

Ada beberapa jenis seni kelarai yang biasanya dibuat pada tikar anyaman mengkuang. Pbs PSV tingkatan satu menilai pelajar mampu menganyam beberapa corak yang diperkenal guru dan membentuk motif berulang.

Paling baik pelajar dapat menyerap dan mengaplikasi pembelajaran lepas iaitu jalinan, kontra, motif negatif-positif dan lain-lain, mana yang sesuai.

Alatan yang digunakan - Kertas lukisan, kertas warna, selotape / gam dan gunting / pisau memotong.
(lebar setiap satu jalur = 1cm)

Berikut merupakan contoh-contoh terbaik evidens pelajar

Ini bagus, ianya menggabungkan corak positif dan negatif
pada anyaman


Anyaman ini menunjukkan pelajar memahami konsep penegasan,
cuma warna yang digunakan agak malap

Chegu memberi kebebasan dalam mengembangkan idea pelajar. Motif yang chegu ajar adalah seperti gambar dibawah
Motif flora - tampuk manggis

i
Ini anyaman yang chegu buat sebelum kelas sebagai ABM

Jumaat, 30 Ogos 2013

Sambutan Kemerdekaan ke 56 (STK)

Sekolah Tinggi Kluang (STK) spt yang selalu disebut pengetua, "Sekolah Kluster Kecemerlangan", menyambut hari kemerdekaan ke 56 di dataran perhimpunannya pagi tadi. Majlis sangat meriah dengan setiap pelajar dengan megah dan bangga mengibarkan jalur gemilang. banyak program kecemerlangan sekolah ini buat, memang chegu puji sekolah ni. Sistem persediaan sekolah mengurus pra peperiksaan dan percubaan teratur.

Tema hari kemerdekaan tahun 2013 ini adalah "MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"

poster
Berikut diabadikan gambar saat-saat menyanikan lagu-lagu patriotik (gelagat pelajar mengibarkan jalur gemilang)

Pelajar Tingkatan 6


Semangat diaorang ni
Maka bermainlah difikiran chegu, sangat-sangat tak jauh berbeza kalau dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang pernah chegu mengajar sebelum ini.

Teringat masa di SMK Kanibongan, Pitas, Sabah. blog ni belum terbuat, gambar pun dah hilang - sekolah membuat sambutan countdown malam 31 ogos, chegu bersama-sama guru-guru dan orang kampung, membina pentas dari kayu pokok bakau dan papan lapis, di padang sekolah. Pengalaman ni mana nak dapat lagi dah.

Buat pelajar-pelajar, dan seluruh warganegara - pertahankanlah pengorbanan orang terdahulu untuk anak-cucu kita nikmati. Syukur negara aman dan selamat.

Khamis, 29 Ogos 2013

Download PBS Matematik Tingkatan 2

Disini menyediakan link download untuk guru-guru, soalan-soalan math form 2, evidens PBS.
hiasan

Amaran: Akan ada selingan iklan (ads) selama 5 saat.

Untuk download, [klik link dibawah]
Matematik Pbs bab 1 [http://adf.ly/Uvj5w]
Matematik Pbs bab 2 [http://adf.ly/UvjFv]
Matematik Pbs bab 3 [http://adf.ly/UvjKF]
Matematik Pbs bab 4 [http://adf.ly/UvjOZ]
Matematik Pbs bab 5 [http://adf.ly/UvjR2]
Matematik Pbs bab 6 [http://adf.ly/UvjWJ]
Matematik Pbs bab 7 [http://adf.ly/UvjZj]
Matematik Pbs bab 8 [http://adf.ly/Uvjdz]
Matematik Pbs bab 9 [http://adf.ly/UvjiJ]
Matematik Pbs bab 10 [http://adf.ly/Uvjm0]
Matematik Pbs bab 11 [http://adf.ly/UvjqC]
Matematik Pbs bab 12 [http://adf.ly/Uvjye]

Ahad, 11 Ogos 2013

Nilai-Nilai Murni dan Tafsiran

Tafsiran Nilai Murni:
BAIK HATI
- Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain)
- Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat sesuatu tindakan)
- Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya)
- Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing)
- Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan)

BERDIKARI
- Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain)
- Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba)

HEMAH TINGGI
- Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan)
- Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat)
- Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang)

HORMAT-MENGHORMATI
- Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa)
- Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin (menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik)
- Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri)
- Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia)
- Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada)
- Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah)

KASIH SAYANG
- Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain)
- Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup)

KEADILAN
- Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian)
- Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)

KEBEBASAN
- Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara dan agama

KEBERANIAN
- Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko yang akan dihadapi)
- Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata)

KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
- Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat)
- Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran)
- Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain)

KEJUJURAN
- Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain)
- Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung)
- Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)

KERAJINAN
- Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.)
- Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah)

KERJASAMA
- Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela)
- Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan berlakunya perselisihan)
- Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa)

KESEDERHANAAN
- Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain)
- Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri sendiri dan orang lain)

KESYUKURAN
- Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian)

PATRIOTISME
- Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga keselamatan, nama baik negara)

RASIONAL
- Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan)

SEMANGAT BERMASYARAKAT
- Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama)
- Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga)
- Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareIt