Rabu, 24 Oktober 2012

Selamat Tinggal Sabah

Akhirnya selepas 5 bulan Chegu tak update belog ni, barulah berkesempatan menulis semula. Banyaknye cerita yang nak ditulis tapi tak tahu nak mula darimana.

Dari chegu dah berkahwin sampailah siap selesai berpindah, sekarang Chegu berkhidmat di SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh, Johor (SARSI). Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan tak terjangka. Dari mula posting di SMK Kanibongan, Pitas kemudian ke SMK Pinggan-Pinggan, Pitas, kenangan sejak 5 tahun lepas tetap akan diingati sampai bila-bila.

Selamat tinggal Sabah!!!

Gunung Kinabalu dari Kundasang War Memorial

Selasa, 23 Oktober 2012

ETA seminar 2012

Arahan daripada PK1 suruh chegu ke seminar ni. Hari ahad petang pulak tu. Seminarnya esok pagi, kan tak logik namanya. Mula-mula berat juga nak pegi sebab jauh tu. Segamat ke JB, sah-sah lah kena bangun awal pagi. Makan masa 3 jam jugak jalan ooo.

Dah terbit matahari je dapat ambik gambo ni, Dah kat
tol JB dah
Mungkin tak menarik sangat post ni. Ye la cerita kursus... apa la yang nak ditinggikan idung ni ye. Ala cuma seminar je kat JPN johor. tak banyak detail seminar ni. kita jadi penonton je. berasap telinga dengar dari jam 9 hingga lah jam 1.

Yang menariknya adalah program membabitkan kerajaan Malaysia dan Amerika, menghantar beberapa rakyatnya membantu memajukan tahap penguasaan english di tahap sekolah selama 10 bulan (januari sampai oktober ni). Ada 17 ETA yang dihantar ke Johor dan ada juga di Terengganau dan Pahang. 4 thn sebelum ni program ni hanya di Terengganu je dan ditaja kerajaan Trganu je. Ok la, tahun depan akan ditambah dan di perluas ke Perak.

Sesi bergambar ETA dengan JPN
Yang menarik diaorang kongsi kaedah pembelajaran di US tu. Bezanya memang tersangat banyak. Pendek cerita kita dah lama tahu sebab banyak cerita-cerita yang dia orang tunjuk kat cerita kat tv tu. Sebijik macam kat universiti cara diaorang belajar. Satu je yang menarik, cikgunya duduk di kelas je, pelajar yang cari gurunya untuk belajar.

Ada satu sindiran juga yang ETA tu bagitahu. Berkenaan kerja sekolah yang diberi guru. Selalunya kerja sekolah ni takde gred, jadi buat apa dibuat. Betul juga kata dia, tu yang budak2 tak ambek kesah.. tapi nanti PBS ni macam cover lah...

Satu je pesan chegu kat ETA tu. After this, please do not forget to come visit malaysia again, although only a few of us are able to contribute to the seminar, this does not means we doesn't like you all. We teacher have a 'restricted voice' when come to give an idea.

Jamuan Hujung Tahun Alrisya 2012

Sedeyyyyyhhhhh.....

Memang tu la yang layaknye. Idea orang tua... Jamuan hujung tahun buat kat dewan sekolah, jamuan pagi dan keluarga x dapat jemput sekali.

Memang tak ambil gambar langsung. X menarik sangat la. Cuma yang ok sebab chegu dapat cabutan hadiah bertuah. Macam pertama kali chegu dapat tau... Makanan ok je. Memang jauh berbeza la dari pengalaman menyambut jamuan hujung tahun tempat kerja yang dulu-dulu. Bahkan jamuan kilang kat Kluang dulu lagi baikkkkkk.


Cenderahati ... warna biru (semua match!!!)

Ok la, cabutan bertuah dapat cerek elektrik...

Jeles juga tengok kengkawan lama sambut jamuan hujung tahun di hotel. Walaupun tempat tak besar, tapi meriah. Ni diaorang gabung hari kualiti dan jamuan perpindahan serta bersara kakitangan. Memang agak campur aduk tapi hampeh. Unit sambutan pula tak meriah, harap meja bulat taruk skirting. Pulaktu, ada yang tak datang...

Nampaknya bakal takde apa-apa lagi la yang nak di isi kat blog ni. Tunggu tahun depan kita buat program kecil-kecilan la. Nak harap sekolah, hampehhh

Rabu, 17 Oktober 2012

Hasil Pelajar + PBS

Menarik bulan ini lepas dah lama dah tak updatee blog nie. Takde cite yang menarik la. Mungkin sebab sekolah OLD school, dah patut la sebab kat sini, guru-guru dah berpengalaman, mana nak sama pemikiran macam kita yang muda nie..

Chegu amat sibuk la dalam beberapa bulan sebab PBS (pentaksiran Berasaskan Sekolah) ni la. Macam dah muak dan jemu asik bercakap pasal PBS nie je. Bebudak pun kalau tengok kita berangkut fail bebanyak ni memang nak buat PBS lah, aper lagik.

Barulah nampak macam best sikit sebab subjek geografi yang memerlukan pelajar membuat barangan-barangan dari sumber terpakai. Bersusunlah belakang chegu 'arca-arca' budak kelas 1KAA (Kelas aliran agama).

Rumah dari batang aiskrim
nota / notis mini dengan magnet
Bakul dari kertas surat khabar, frame gambar,
Kotak hadiah, Pasu bunga

Tempat alatulis dari bekas kerepek kentang dan
batang aiskrim
Jeles juga sebab matematik hanya buat kiub dan kuboid sahaja dari kertas manilakad. Tah le, diaorang yang gubal soalan PBS math dah takde idea kot.

Yang pasti kenalah siapkan 'key-in' markah sebab dah nak due date hujung bulan ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareIt