Ahad, 19 Februari 2012

Ada apa dgn header Chegu

cuit - Tah la, ada ape yek... gila pose agaknye.

Tanya balik tah ape-ape lah, dah bosan duk kat rumah la nie, duk tenung depan laptop je tetiba macam nak ubah sikit belog nih.

Guna paint kat windows je, copy paste sikit, eh jadi mcmtu la plak. Suka ambil tema hitam putih sebab mudah match ngan background template, malas nak adjust warna.

Maka ceria-ceriakan lah hari anda, berpagi-pagi, berpetang-petang dan bermalam-malam dengan senyuman ^_^

Gila Samsung Galaxy S2

Terjumpa Chegu video gila-gila dan dah takde keje diaorang nih. 3 test ketinggian dan posisi yang memang tak gemar nak buat. Diaorang humban telefon canggih-canggih ooo... diaorang nak buat berbandingan ketahanan telefon iPhone 4s dengan Samsung Galaxy S2. Jadi sesama kita saksikan





Kesimpulannya, Samsung gak yang tahan, dah guna teknologi Super Amoled Plus ataupun diaorang panggil gorila screen.



cuit - ceh... promote la tuh

Sabtu, 18 Februari 2012

Kebun Sayur Chegu

Bersesuaian dengan silibus KHB Tingkatan 1, Pilihan pertanian (Tanaman Sayuran), Berikut beberapa gambar yang boleh digunapakai sebagai bahan bantu mengajar.

Lokasi di rumah chegu sendiri, he.. sambilan menanam untuk santapan sendiri.

Tempat semaian benih
Terpaksa tutup tempat semaian kerana banyak anasir-anasir yang sibuk makan benih yang disemai.

Sebelum memulakan tanaman, pekara yang perlu diperhatikan pada peringkat awal penanaman adalah
1) Mengenal pasti tapak
2) Membersih tapak
3) Menggembur tanah
4) Membina batas
5) Membaja asas
6) Meletak sungkupan



Batas tanaman sayuran kacang panjang
 -- info --
Kacang Panjang - Sejenis kekacang yang popular serta tanaman menjalar sepanjang tahun. Berbentuk Panjang, kulit keras, berisi kekacang di ruang yang sempit. Tumbuhan ini dapat menahan keasidan tanah dan dapat membesar dikawasan yang kurang menerima jumlah hujan pada satu-satu masa

Cili
MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN

Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi perhatian. Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting. Bila pokok cili mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan pokok cili yang kurang rantingnya. Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknya juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.

Terung

Baru usia seminggu kebun Chegu nih. Tak banyak tanaman lagi. Dalam perancangan nak tambah tanaman bendi. Chegu ambil faktor cepat memperoleh hasil kerana tanaman kekacang ni cepat mengeluarkan hasil. Bagus menanam di tepi halaman rumah kerana sayuran sudah terlalu mahal sekarang ni.

Jumaat, 17 Februari 2012

Petua - Alamak, Nasi hangit


BILA NASI BERBAU HANGIT

Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak menggunakan periuk biasa, masak tujuan kenduri ataupun majlis boleh menjadi hangus dan berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.

Panduan Download

Mungkin ramai tidak tahu macamana nak download dari blog Chegu ni. Ok ada 2 panduan bergambar dibawah ni

Step 1
 Pilihlah download anda
Step 2
Tunggu 5 saat ok... baru tekan kotak kuning kat penjuru kanan atas, barulah page untuk download muncul

Pastikan hanya satu download setiap kali media yang dimahukan pada satu-satu masa





 
 Sekian, terima kasih... amacam membantu tak???

Selasa, 14 Februari 2012

Petua - Menghilangkan Bau Pedas Cili Tumis

Sambal Tumis Petai

MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)

Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya- Allah, bau pedasdan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.

cuit - org sabah mana mau makan yang pedas

Petua - Air Beras


AIR BERAS


Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.

cuit - lepasni berebut lah org nak basuh beras sambil curi-curi tepek kat muka tuhh .. hehe

Ahad, 12 Februari 2012

Sukan SMKPP 2012

SMK Pinggan-Pinggan minggu lepas, dah siap seminggu, sibuk bebeno dengan sukan. Letih sangat uruskan pasukan. Tahun ni, chegu jadi ketua guru rumah sukan Mars (Ungu). Ada pembaharuan sistem sukan tahun ini, dulu ada 4 je rumah sukan, tapi tahun ini ada 6. Nama pelajar pun dibahagi sama rata. Dah tak ada la rumah fav macam tahun lepas .... rumah biru. (Mcm kebanyakan sekolah rumah biru je yang menang tiap2 tahun, mcm trend je).

So ... adalah beberapa gambar yang dapat diselitkan

Merentas desa
Hari lepas sambutan Maulidur Rasul, SMKPP dijadikan tuan rumah acara merentas desa peringkat zon utara sabah. Terpaksalah tangguh sukan sekolah ke hari yang lain sebab kebanyakan guru-guru teraksa mengurusnye. Dapat gambar berlepas kat atas nun sebab chegu jd pengiring peserta. Mudah je ... bawak moto sambil jaga trafik sikit.

 Hari pertama sukan hujan selebat alam... Kesian kat acara berpagar, licin tetiba padang sek. Nyaris ada yang tersungkur depan hurdle.

Lelaki bawah 18 thn acara 110 berpagar

4 x 400 perempuan bawah 15 thn

Perbarisan
Meriah juga la perbarisan, Kebanyakan guru-guru berhabis. Keputusannya hanya dapat tempat kelima. Keseluruhan rumah Chegu hanya 5 emas je dengan kedudukan uncit jauh tertinggal dari rmh sukan lain yang berbelas2 emasnya. Takpe (^_^), Chegu senyum saja. Kebanyakan acara jarak jauh je dari atlit yang sama Nordianah Jamaul, dah tingkatan 5 student ni. Tahun depan tak tahu lagi, pok menang perbarisan je la gamaknye...

To all students, thanks for cooperating, wish a great event next year ....

Ahad, 5 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam. Tahun 2012 ni genap sambutan yang ke 1433H,

Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w). Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)


 Selamat Beramal ...

Rabu, 1 Februari 2012

Kedai Makan Di Kota Kinabalu


Kalau mahu merasa makanan semenanjung ala-ala kelantan di Kota Kinabalu, datanglah ke kedai makan D'Lengkuas ni. Harganya berpatutan. Ada nasi campur sebelah pagi dan menyajikan pelbagai masakan tak kira dari hasil laut hinggalah ke ulam ulaman. Memang banyak tetapi kena awal, sebab kalau dilihat dari jauh, pengunjung bepusu-pusu tak kira waktu (kecuali habis lauk).


Kedainya paling hujung mengikut peta. Susah sikit cari, rajin-rajinlah bertanya kerana banyak kedai makan dikawasan sembulan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareIt