Isnin, 31 Oktober 2011

Jelajah 2011 - Ranau, Sabah

 Ahad, 30 Oktober - Sebelum balik, kami singgah Ranau sebab dah dekat sangat.

- Kampung Luanti, Spa Ikan, Ranau -

Perjalanan dari pekan Ranau dalam 20 minit. Jauh juga tu. Tak termasuk kalau waktu ada lori atau bas besar kerana tiada jalan lain dah nak ke Sandakan dan Tawau.

Kat sini ada ikan datang mengurut kaki. Punyalah besar-besar ikan-ikan ni. Kalau dipegang terus menggigit tangan. Geli juga masa ikan tu menggigit.

spa Ikan
Jambatan Gantung
- Sabah Tea Garden-

Ladang teh ni berdekatan dengan kampung Luanti tadi. Tapi macam biasa lah ..  jalan masuk teruk sangat. Menangis kalau pegi ngan kereta. Mau 4wd juga.

Pemandagan Ladang Teh

Sambungan -Siri1- -Siri2- -Siri3- -Ranau-

Jelajah 2011 - Kundasang, Sabah -Siri3-

Sabtu, 29 Oktober -  Sambungan -Siri1- dan -Siri2-

Malam majlis makan malam jamuan akhir tahun sekolah berlangsung di Mount Kinabalu Heritage Hotel.

Mount Kinabalu Heritage - Resort & Spa. Sejuk beno, lupa lak nak bawak jaket.
Terus terang majlis hambar je. Makanan memang tidak sedap, tawar. Ada nasi goreng sayur, daging masak lada hitam, ayam berempah tak berempah mana (mcm ayam goreng biasa), ikan tepung sos, tauhu, udang (mcm goreng je). Air minum, air oren korial je, kalau mcm tu buat sendiri kat rumah pun boleh. Takde pun ciri-ciri macam makan kat hotel, pegi gerai pun macam ada benda ni. Tak berbalui sungguh dengan RM 50. Tapi nak buat macamana, dah diaorang vote tempat tu, klu chegu lagi bagus d KK sbb ada aktiviti lain boleh buat macam tengok wayang ke, karaoke atau bowling. Kat kundasang, rasa sejuk je la.

Bufet - Hampeh tak sedap mana pun.
Dewan
Kak Salmah - macam artis menang dress malam tu
Jadi saja gatal tangan rate hotel ni

*---- Makanan
**--- Dewan (sebab kongsi dengan tetamu hotel lain)

Ada cabutan bertuah, punyalah banyak tapi chegu tak dapat apa-apa pun. Yang pasti semua berabis banyak semata-mata untuk pakaian saja. Ada anugerah pun takde nama chegu walaupun ada juga program sekolah chegu jadi penyelaras. Tapi chegu buat keje tak terpikir pun balasan, Betul ikhlas...

Sambungan -Siri1- -Siri2- -Siri3- -Ranau-

Jelajah 2011 : Kundasang, Sabah -Siri2-

Sabtu, 29 Oktober - Sambungan -Siri1- Setelah melepas lelah berjalan jauh chegu dan geng bersiar-siar le di pekan Kundasang ni.

- Desa Dairy Farm -

Ladang ternakan lembu tenusu tempat pertama kami singgah. Hampir betul di kaki Gunung Kinabalu. Sejuk macam berada di ladang lembu di luar negara.

Masa lawatan 8 pg - 5 ptg. Masa memerah susu jam 3 - 5 ptg. Teruk betul jalan nak masuk, masih jalan berbatu lagi. Tak mesra pengunjung sungguh. Lagi mengecewakan, tiada susu lembu, kilang ape takde susu untuk pengunjung, mengecewakan betul.

Mercu tanda
Kilang
Ladang - belakang sepatutnya ada Gunung Kinabalu, sayangnya tertutup sebab kabus tebal hari ini.
Papan tanda masuk
Gelagat lembu semasa diperah susunya
Kesian sikit dekat sini melihat pekerjanya hanya dua orang. Terlalu lama menunggu, dah jam 3.30 pun masuh belum perah susu lagi. Tu yang lembu tu tak sabar sangat sampai melahap dedak dalam kereta sorong.

- Kundasang War Memorial -

Selapas tu kami ke pekan. War memorial ni betul-betul sebelah pekan tu. Takde pun yang menarik sangat, cuma ada taman-taman Inggeris. Kurang menarik sikit sebab latar belakang gunung kinabalu tiada. Tebal sungguh kabus harini. Jadi bergambar je kat taman tu.



Sambungan -Siri1- -Siri2- -Siri3- -Ranau-

Jelajah 2011 : Kundasang, Sabah - Siri1-

Wow, main 'siri' nampaknye. Mana tidaknya, dah sakan bergambar saje. Dah penghujung tahun ni macam banyak aktiviti berjalan saja.

Sabtu, 29 Oktober - Sekolah chegu telah mengatur majlis jamuan akhir tahun di Kundasang, Sabah. Bertempat betul-betul di kaki Gunung Kinabalu, Sabah bagi yang tak tau Kundasang tu kat mane. Chegu pegi dgn berkongsi kerete cikgu syah. Kami gerak dlm jam 9 pg.

Mercu tanda Kota Belud, Sabah
Jadi Kota Belud kami singgah sebentar untuk mengubat perut yang dah berbunyi ni. Kota Belud ni dalam pertengahan jalan nak ke Gunung Kinabalu. Nasib dalam singgah di Kota Marudu tadi beli jajan dan air kotak teh bunga.

Makan tengahari merangkap tunggakan sarapan pagi. Dari kiri hafiz, syah, faizal
Makanan sedap juga, kami lahap nasi berlauk. Nama kedai Restoran Kota Raya, Kota Belud, kedainya di kawasan belakang pasar. Makanan best, boleh la tahan, cuma airnya kurang mengancam, tak manis walaupun chegu ode jus oren.

Fairy Garden Resort - Tempat menginap
Kami terus ke Fairy Garden Resort walaupun telah menempah bilik di The Cottage Hotel. Betul-betul di tapi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang. Biliknya murah sikit RM 130 + deposit RM20, ada 1 singgle dan 1 katil Queen kalau banding hotel gambar bawah nie, dua katil singgle dan sempit sangat. Guru lain ada yang duduk sana tapi komplain bilik tiada tingkap. Cuma Fairy Garden jauh sikit dari pekan Kundasang, dalam 10 minit berkerete. Janji dapat bermalam, kalau boleh dapat budget lagi bagus, jangan membazir.

Balkoni
Sempat pose
Biliknya luas juga, cukup lengkap, cuma tiada aircond dan kipas. Tapi tak perlu pun sebab sejuk betul di kundasang ni. Pesan chegu bawalah jaket. Chegu tak teringat nak bawa sebab terbiasa cuaca panas je kat Pitas ni.
The Cottage Hotel - Di pekan Kundasang dekat jalan Mesilau.
Sewa RM 140 ke atas. Ada bilik tiada tingkap.
Sambungan -Siri1- -Siri2- -Siri3- -Ranau-

Rabu, 26 Oktober 2011

Hari Keluarga warga SMK Pinggan-Pinggan

Bersempena cuti Thaipussam, iaitu hari ini, sek mengadakan hari keluarga buat semua warga kerja sekolah. Bertempat di Dataran Bengkoka, Pitas, Sabah, dengan majlis bermula seawal jam 7 pg.

Banyak juga aktiviti yg diadakan tadi. Untuk dewasa, ada acara bowling padang, memancing dan karaoke. Ramai juga yang hadir terutama yang membawa segerombolan angkatan sekeluarganya. Penuh jeti bengkoka tuh dek kami je yang monopoli. Kebetulan pula hari ini ada tamu di dataran serta cuti umum.

Kocik nye
Cuma x puas hati le sikit sbb pertandingan memancing tadi sekejap sangat, Dari jam 8 sampai 9. Sejam je mana cukup, tak temasuk tersangkut kat batu, putus dll lah. Tak sporting sungguh, yg join hanya 4 org je. Ikan atas tu dapat plak, masa dah tamat. Tapi ada juga ikan kuang-kuang yg d hantar, dpt tempat ketiga je, tu pun agak2 je saiznye mcm sama saiz ngan cikgu Muksin. Xpe la janji enjoy.

Acara baling-sambut telur

Pulak dah yg lelaki sambut kene melutut. Thrill kononye
Bagi kekanak plak, ada pertandingan mewarna, acara membawa bola ping-pong dengan sudu, merebut gula-gula, meniup belon dan macam-macam lagi lah.

Ai nah (tu dia) ... jaga-jaga jangan jatuh
Letupkan - Jangan tak Letup
Santai-santai, ada la juga panggang-panggang sayap ayam, sosej dan bebola. Dah kebiasaan asik sayap je ... susah tul nak cari bahagian ayam lain kalau memanggang ni. Kat Sabah ni minat sayap je.

Lambat sangat masak. Masing-masing nak cepat pulak
Haa ... Ada scandal ker??? mcmn bleh masuk satu frame jugak ni
Pose mana yang patut
Majlis makan ada tetamu tidak dijangka, Pegawai PPD Pitas sendiri hadir, En Awang Jaya, Tak sampai sebulan beliau baru bertugas di Pitas ni. Acara santai saja, ada-ada saja nih.


PK Hem kami
Snap-snap sikit kawasan dataran Bengkoka



Koleksi Soalan | MPV akuakultur akhir tahun ting 4

Berikut adalah soalan Matapelajaran Vokasional (MPV) Tingkatan 4 - Akuakultur dan Haiwan Peliharaan

...:::| Download |:::...
MPV tingkatan 4 peperiksaan akhir tahun 2011

hiasan

Selasa, 25 Oktober 2011

Makan Kerang Rebus

Petang kemarin, chegu ngan kengkawan makan kerang di port biasa. Ada air sirap bandung, cecah dan jemput2. Beginilah kekadang chegu makan2 buat perabis masa terluang petang2

Sodapnye

Menghidang dgn periuk sekali - nasib cecah sambal ada pinggan.

Yang bestnya kerang tu harganya RM 2 sekilo (mengikut sumber la, chegu tukang makan - pstt, tak jeles ke.. murah teramat tu). Hari semalamnya dah mengketedarah dua kilo, tak cukup ganti arini rebus sampai 3 kilo. Resepi simple je, rebusan ngan serai serta bebawang. Sampai gatal tangan gara-gara air kerang.

Cuma wifi tuan rumah chegu dah rosak. Sekarang ni chegu kena lah guna prepaid broadband ngan kelajuan edge je ni. Mcm susah la sikit nak berblog kelak.

Ps - kerang kat Pitas, Sabah ni susah dapat. Dengar kata benih kerang import dari KL

Ahad, 23 Oktober 2011

Memancing di Bagang Pinggan-Pinggan

Kemarin cikgu bersama-sama 7 rakan2 ke bagang memancing dasar. Kami dengan 2 perahu bertolak sesudah subuh, dlm jam 5 pagi, semata-mata utk mengambil umpan bilis.

Bagang - dari kiri - Toupik, Eee, Wan

Sempat ambil gambar burung
Sebenarnya bagang disini macamlah kelong memerangkap ikan kat semnjg tu, mungkin ada yang tak tahu. Binaanya daripada pohon nibong dan diikat dengan tali sehingga menjadi rupa mcm kat gambar kat atas tue. Biasanya bagang mengeluarkan hasil utamanya seperti bilis. Tapi kekadang ada juga ikan yang masuk. Senang sikit memancing tanpa menggunakan jangkar (sauh), berpaut je kat nibong bagang tuh.

Tak lama kami memancing sebab air surut besar. Jam 11 kami pulang. Perahu pinjam, takut kena menyorong perahu jauh dari pantai.

subuh - pantai Pinggan-Pinggan, nun jauh tu ada Gunung Kinabalu

Hasilya, hehe kurang membanggakan. Majoriti kami kurang hasil tangkapan, tak tahu nape, mungkin sebab hujan semalam.

Hasil Tangkapan, tidak banyak adalah dalam 1.3 kg semuanya.

Khamis, 20 Oktober 2011

Coretan Peperiksaan Akhir Tahun 2011

Cepat sungguh masa berlalu, dah dekat dua hari chegu tidak sempat berblog gara-gara peperiksaan ni lah. Kemarin, paper habis sehinggakan paper tidak dapat di cetak. Jadi semalam barulah siap cetak dan itupun siap jam 1 ptg. Mana tidaknya, soalan peperiksaan dari jabatan, formatnya sebijik macam peperiksaan besar spt PMR. Jadi soalan subjektif kalau matematik 20 soalan, kira muka je lah, dalam 10 helai kertas guna, kita kalikan dengan jumlah pelajar dalam 220 orang. Jadi jumlahnya hampir 2200 kertas, semuanya chegu kepilkan malam semalam n seorang diri. Lenguh pinggang bebeno.

Jadi hari ini, adalah beberapa gambar coretan dan gelagat pelajar.

Pen chegu yang selalu dibawa.
Pandangan panorama kelas tingkatan 2 Dinamik 2011
Hee suspen sikit ada la chegu terpikir nak letak barcode dibawah nie supaya bolehlah sengal-sengal tangan tuk scan ngan telepon canggih. Apebende tu ye, ape kejadahnya ??? sesame lah kite berkeje sekueknyo.

Isnin, 17 Oktober 2011

Memancing | 16 Oktober 2011

Dalam perjalanan membeli hp semalam, tidak terpikir pun chegu akan turun memancing. Tak sangka ada peluang lagi turun memancing sebelum balik bercuti panjang. Tidak sempat bersiap sangat pun, dengan apa yang ada pun, chegu turun juga ke sungai Kanibongan, Pitas.

Dengan berbekal air 100+ dan biskut tiger je, chegu memulakan hari memancing ni lewat sedikit iaitu jam 9. selalunya jalan sesudah subuh, ni la jadinya kalau tidak plan awal.

Misi castingan dan tudaan. Tapi tiadalah yang membanggakan kerana hanya seekor saja ikan yang dapat dinaikkan. Tu pun dekat muara sungai. Ikan kerapu sunuh seberat 1.4kg je. Sejak kebelakangan nih, kurang sedikit hasil kerana ribut tropika yang melanda. Kira ok jugalah, tiada hujan lebat di Sabah ni yang teruk sehinggakan banjir macam di Bangkok tu.

kerapu 1.4 kg je. Jadi la

Perahu tidak dapat dibawa ke kawasan terumbu karang kerana ada bocor di bot kayu yang dibawa. Panik sikit kerana tidak nampak kemasukkan air tuh. Terpaksalah menimba dikala masa menunda tuh. Penat juga tangan, jadi kuranglah castingan dek lenguh.

terkilan sikit sebab umpan gewang yang sama di sambar oleh ikan lain selepas itu tetapi putus serta merta. kebetulan joran ditangan terasa juga tarikan ikan gadang nih. Tiada reziki, apa boleh buat (-_-)

snap-snap sikit

bangau

sungai Kanibongan, Pitas

Tinggal yang lama

Terbaru hujung minggu chegu ke KK mencari HP baru kerana yang lama agak uzur dengan beberapa fungsi terutama calling putus-putus dan rosak kamera depannya.

Dah tiga kali chegu kelua, masih tercari-cari HP yg sesuai.

Dulu, Sony Ericsson Xperia X1i, mggunakan perisian win Mobile 6.1. Pada hemat chegu amat mudah window mobile ni tapi macam sudah tiada HP yg menggunakan WinM ni.

Maka ni la yang berkenan di hati. Samsung Galaxy S2.


specification
:  Dual Core 1.2GHz processor
:  8MP AF camera (back) + 2MP VT (front)
:  Full HD (1080p) Record & Playback video
:  Multi-codec (Divx, Xvid)
:  Bluetooth(R) 3.0 + High Speed Profile
:  GPS / Geo-tagging
:  DLNA - fast internet connect
:  1650 mAh Battery
kotak

Leather pouch - bukan free lah, aksesori paling penting kerana chegu tidak minat kalau hp di poket slua.
Chegu minat bebeno kat fungsi kameranya kerana banyak gambo di belog nih amat tidakjelas. Tu yang mau beli beno.

Cuma sejak kebelakanagan nih, bnyk hp yang membangunkan fungsi android. Laju gile internet kalau menggunakan hp ni. Ringan pun jugak. Nipis pun jugak. Cuma skreen beso sikit.

xperia x1i - masih boleh pakai lagi. Chegu x teringin nak trade in. sentimental you
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareIt