Rabu, 27 Julai 2011

Bulan Ramadhan | Selamat Berpuasa

Bulan Ogos ini, kita bakal menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Bagi semua Umat Islam, GURU mengambil kesempatan agar kita bersama-sama memperbanyakkan amalan dan mengimarahkan bulan yang mulia ini. Selamat Berpuasa

puasa ramadhan 2011
Ramadhan - Selamat menjalani ibadah puasa

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.
Hadith oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.

Selasa, 26 Julai 2011

Waktu Solat VIII

Installer untuk waktu solat VIII. Sila sebarkan jika ianya memberi manfaat.

OS          : WinXP, Win98
file size    : 574KB

== Download ==
Waktu Solat VIII Installer

Isnin, 25 Julai 2011

Memancing 24 Jun 2011

Kali ini tripsehari hanya di kawasan muara sungai Kanibongan. GURU hanya mendapat dua ikan sumpit dengan teknik casting. Tak sangka pula spesis ikan sumpit ini mahu menyambar gewang.

ikan sumpit dipancing dengan teknik casting

Sabtu, 23 Julai 2011

Hari Terbuka SMK Pinggan-Pinggan

Pada 18 - 21 Julai, sekolah GURU mengadakan hari terbuka di mana banyak kegiatan kokurikulum diadakan. Hari pertama diadakan pertandingan sukan dan permainan. Hari kedua berlangsung sukan rakyat. Hari ketiga berlangsung hari anugerah pelajar. Hari terakhir adalah hari penutupan. Gerai-gerai persatuan dibuka dengan bermacam-macam jualan.

Berikut merupakan beberapa sorotan yang sempat dirakamkan.


Makan pagi

PK Kokum dan PK Hem

Sukan rakyat - Galah Panjang

Karate
Upacara Penutupan

Sabtu, 16 Julai 2011

Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Daerah Pitas 2011

SEKADAR CATATAN sempat merakamkan hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Pitas, Sabah, pada 16 Julai 2011. Majlis yang bertempat di SMK Pinggan-Pinggan, Pitas, dirasmikan oleh Yg Bhg. Datuk Dr Hj Muhiddin Bin Yusin, Pengarah Pelajaran Sabah.

Pentas, Majlis sambutan Hari Guru dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Daerah Pitas, 2011

Berikut merupakan beberapa sorotan yang dibuat sempena majlis berlangsung. GURU bertanggungjawab untuk tayangan multimedia untuk gimik perasmian, berkenaan sejarah sekolah di daerah pitas ini.

Upacara Menaikkan Bendera oleh Kadet Polis Sekolah, SMK Pinggan-Pinggan, Pitas
VIP, Dari Kanan, Pn Malati Lajim (Pemangku pengetua SMK Pinggan-Pinggan), En Halim Bidin (Pegawai Pelajaran Daerah Pitas) dan Datuk Dr Hj Muhiddin Bin Yusin (Pengarah Pelajaran Sabah)

Dari Unit Multimedia, adalah sedikit paparan, Sejarah Pendidikan Daerah Pitas.








Jumaat, 15 Julai 2011

Warna Kilauan Gewang Sesuai

Warna Gewang

SEKADAR CATATAN mahu berkongsi pengalaman yang amat sedikit tentang memancing menggunakan gewang. Banyak gewang yang telah diguna. Namun masih hambar.

Mungkin gewang tidak berkilat 'sodap' rasanya


Perdebatan Hangat Setiap pemancing mempunyai pandangannya tersendiri tentang warna gewang, dan ramai yang menetapkan apakah warna terbaik baginya. Kadangkala kepastian ini berdasarkan pengalaman terbaik mereka sehingga terlalu mengambil serius. Pemancing lebih mudah menerima apa saja dogma semasa atau dari guru terdekatnya, lalu menyebarkannya. Bagi GURU, sesuatu pendekatan cuma bagus buat sementara. Tetapi lama-kelamaan, tanpa mengetahui sebabnya, kita yang masih
mempercayainya hanya akan melenguhkan tangan melontar gewang tanpa ada yang
ingin menyambarnya.

Banyak pilihan warna gewang yang ‘selamat’ mengikut pengalaman sebenar si pemancing. Bagaimanapun, ikan adalah haiwan yang hidup dalam persekitaran yang dinamik, justeru perubahan sikap mereka kadangkala sukar diramal dan berubah-ubah. Kadar penembusan cahaya, saiz umpan, keadaan air semasa, warna air dan faktor lain yang cukup luas boleh bertukar dalam sekelip mata dan merubah landskap memancing. Apabila perubahan ini berlaku, pilihan warna yang difikirkan betul tidak boleh diterima pakai lagi. Biarpun pemangsa cerewet seperti ikan aya atau tongkol pun akan memecahkan peraturan ini, dari cenderung menghambat gewang mini pada kebiasaannya pula kepada gewang besar dan berkilat. Perubahan yang berlaku mungkin menyebabkan gewang kecil tidak dapat dikesan spesies ini.

Semasa tiupan angin kuat sehingga permukaan laut menjadi kucah, anda perlu melontar suatu gewang yang besar, gemuk dan berkilat agar sekumpulan tongkol itu dapat mengesannya. Kuncinya, kita perlu mengenal pasti perubahan penting semasa memancing jika ianya berlaku dan mampu menyesuaikan teknik yang ditawarkan.

Tetapi selepas banyak menggunakan berjenis-jenis umpan, teknik adalah penting. Ada masanya warna bukan memainkan peranan, mungkin umpan yang paling tidak digemari untuk dibeli oleh pemancing menjadi santapan yang amat menyelerakan bagi si ikan. Kadangkala walaupun gewang sudah dekat dengan perahu, masih boleh disambar ikan. Sememangnya pengalaman memainkan peranan penting.

Isnin, 4 Julai 2011

Bangkai Biawak

Sedang seronok GURU menghabiskan cuti ganti hari Isnin ini dengan bermain badminton, terserempak pula dengan budak-budak kampung sedang mengusung bangkai biawak yang agak besar. Saja-saja tangkap gambar.

Bangkai Biawak




Ahad, 3 Julai 2011

Mathematics Exam Form 1 and Form 2 (paper 1 & 2) 2010

These are a past year examination paper for final year exam. Enjoy

Link:


Download Math Final Exam Form 1 Paper 1

Download Math Final Exam Form 1 Paper 2

Download Math Final Exam Form 2 Paper 1

Download Math Final Exam Form 2 Paper 2

Sabtu, 2 Julai 2011

Gewang Pancing

GURU baru mencari gewang baru untuk tujuan casting. Semua gewang adalah dari jenis STORM

Spec : 3-1/4", 8 cm length, swim depth 7'-13' / 2-4 m

Spec : 4", 10 cm, 28g, swim depth 2.5-4.5m

Larian 1Murid 1Sukan

2 Julai 2011 - Hari ini merupakan hari pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) : Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia. Awal-awal pagi sabtu, sekolah mula dipenuhi pelajar untuk larian Satu Sukan Satu Murid. Larian ini dibuat serentak di seluruh negara pada waktu yang sama. SMK Pinggan-Pinggan Pitas bergabung dengan SK Pinggan-Pinggan, Pitas bergabung bersama-sama untuk menjayakan larian ini. Berikut merupakan seputar rakaman hari ini.

Borang Penyertaan

Pelajar-pelajar menampal nombor untuk larian

Walaupun sistem PA canggih sekalipun, ianya tidak dapat digunakan gara-gara tiada elektrik

Jatuh gara-gara bertolak-tolak. Betul-betul bersemangat pelajar-pelajar ini sehingga 'terlebih suda'

Gelagat pelajar-pelajar SK

Tapau Guru-guru dan petugas. Semua budget sendiri, siap ada tulis nama diatas tapau tuh

Sebahagian guru-guru SMK Pinggan-Pinggan, Pitas


"Largest Participation Of School Students In A Run" Malaysia Book Of Record




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareIt