Rabu, 29 Jun 2011

Latihan Angklung

Sudah dua minggu GURU berlatih anglung sempena untuk persembahan di Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Pitas yang di buat di sekolah GURU.




Dua lagu kami guru-guru berlatih dan salah satunya adalah lagu Begawan Solo. GURU terlibat disebabkan ada guru-guru yang lain terpaksa meninggalkan tugas kerana menghadiri kursus.




Selasa, 28 Jun 2011

Taklimat Kesatuan Guru Sabah

Jam 9.40 pagi tadi, GURU diberitahu ada taklimat kesatuan guru sabah di bilik mesyarat. Sudahlah waktu tersebut waktu rehat, baru sahaja mahu menikmati aircond di bilik guru (maklum sahaja cuaca panas sekarang), ada saja panggilan.


Maka dengan tekunlah pelawat tersebut membicarakan kepentingan guru berkesatuan. Tapi yang menariknya, sudah lama kesatuan ini ditubuhkan, kenapa baru sekarang ianya terbit. Mungkin GURU tidak prihatin.

SEKADAR CATATAN tertanya, kenapa kesatuan-kesatuan guru ini lebih menjurus kepada kepentingan insuran. Kemudian berkali-kali mencebik guru-guru "hanya memotong RM 25 sahaja sebulan, takkan tidak mampu". Alasan kesatuan terpaksa memberi sumbangan sekiranya guru-guru meninggal seperti contoh yang diberi, guru besar meminta kesatuan menyumbang RM 500 kepada guru yang meninggal, kalau 10 orang dari mana dana mahu dikutip.

Bila pertanyaan guru lain, bolehkah menjadi ahli tanpa dipakejkan sekali dengan insurans, maka kesatuan menyatakan insurans mesti dibayar, dan pulangan pembayaran akan dibuat jika pencen. Persoalannya bukan segelintir kami yang tidak mahu membayar pada kadar RM25 sebulan, tetapi sudah lengkap kami mempersiapkan diri dengan insuran persendirian. Semua cerita kesatuan tidak ubah seperti jurujual insurans yang acapkali masuk ke bilik guru saban hari.

Apa yang mungkin GURU faham, mungkin apa yang diperjuangan adalah untuk kebajikan dan mungkin untuk kesinambungan kesatuan meneruskan operasi.




Nasi Goreng Lalap



Hehe, ada satu menu di Pitas, Sabah ini namanya nasi goreng lalap. Saja-saja upload gambar ni, 'adding a sabahan flavour'




Memancing 25 & 26 Jun 2011

Guru berkesempatan cuti hujung minggu dengan memancing sekitar muara Kanibongan, Pitas sehinggalah muara Paitan, Beluran. Trip 2 orang dengan perahu sendiri. Misi trip kali ini adalah dengan teknik casting, sekali sekala dengan menunda.

gerpoh / putih

hasilan - pengaluan 2.2 kg, kerapu dan putih

kerapu dan selipar

 
Kluang
Menarik kali ini GURU sempat merakam gambar kumpulan Kluang yang disangkakan burung terbang keluar dari sarang jam 6.30 petang. Lama GURU tidak melihat kluang ini sejak dari kecil (asal GURU dari Kluang, Johor)

Khamis, 23 Jun 2011

A Level cemerlang, boleh dapat Biasiswa

Mulai tahun 2012, perdana Menteri Kita, Dato' Sri Najib Razak, mengumumkan pelajar yang mahu mendapat biasiswa perlu cemerlang dalam peringkat A level, bukan seperti sekarang iaitu banyak A pada peperiksaan SPM.
 
maka tertanyalah GURU berkenaan nasib pelajar-pelajar miskin yang terlalu ramai di Sabah ini yang inginkan nasib keluarga mereka diperbaiki, iaitu belajar di Universiti Awam. GURU mahu berkongsi di Pitas ini sahaja, terlalu ramai pelajar yang terpaksa menangguh masuk ke sekolah kerajaan semata-mata kerana tiada duit untuk membeli pakaian dan peralatan sekolah.

Kemudiannya jika pengumuman biasiwa ini dilaksanakan, tiadalah peluang terus kepada pelajar-pelajar sekolah GURU kerana untuk sambung belajar di tingkatan 6 sahaja pun, mereka perlu memikirkan kos yang perlu ditanggung untuk menyambung pelajaran kerana pendidikan wajib hanya pada setakat SPM. Kirim salam sahaja kalau mahu mengambil A level.

GURU amat bersimpati tapi sampai bila nasib pelajar miskin akan terbela. Bukankah biasiswa untuk pelajar yang kurang berkemampuan. Pengalaman GURU, orang yang berada sahaja yang majoritinya menambil peperiksaan A level. Jadi apa guna biasiswa kepada orang kaya ini. mereka mampu sudah. Seolah-olah negara akan menuju kepada kapitalis iaitu yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus sengsara dan meminta-minta.

kalau ada tersalah kata, GURU memohon maaf




Selasa, 21 Jun 2011

FOLLOWER award


Tiba-tiba hari ini tergerak hati ingin mencipta Award untuk Followers Blog Chegu. Chegu nak bagi sebagai tanda penghargaan kepada semua followers yang baik hati dan sudi follow mana-mana blog milik Chegu ni.

Kepada followers Chegu yang ingin menyimpan award ini di laman anda, bolehlah mengambil kod award dan ditampal kat mana-mana yang sudi, jangan diletak dilaman tak senonoh sudah.. Terima kasih kepada semua followers Chegu, Chegu amat menghargai anda...


Rabu, 15 Jun 2011

Bil Astro Naik, Astro mahal

Bagusnya, akhirnya ada suara di dewan rakyat berkenaan astro di tv3. Pihak astro terlampau memikirkan keuntungan dari menyediakan perkhidmatan yang berkualiti. Kemudiannya telah nyata ada surat dari pusat penyiaran itu bahawa bil atau caj pakejnya akan dinaikan. Bil naik tapi cerita tidak setimpal.

Baru saja sebentar tadi ada di tv3, sidang dewan rakyat mengatakan astro mementingkan keuntungan dari memberikan perkhidmatan yang bagus. Tapi sebenarnya bukankah isu ini telah lama berlaku. Siapa yang tidak panas, tiap-tiap hari berulang cerita yang sama. Cerita lama dan kono dimainkan kembali. Contohnya cerita ‘setinggan’ sudah lama dimainkan, malahan mungkin GURU pun masih belum lahir lagi disiarkan berulang-ulang.


Seringkali keluhan dan aduan dalam akhbar menyuarakan rasa tidak puas hati stesen berbayar astro 'cekik darah'. Saban tahun, astro tetap begitu sahaja tanpa apa-apa perubahan.

Pernah SEKADAR CATATAN menyuarakan rasa tidak puas hati dengan ac mizal. Mana tidaknya, menonton astro sahaja tanpa melanggan astro mustika sudah menggunakan wang, ada ke patut dia katakan kita ini tonton free.

Mungkin ada yang tidak perasan, cukai untuk siaran astro juga telah bertambah. Tapi mutu perkhidmatan astro masih di tahap yang sama.

Kemudian ada kempen terbaru astro supaya menggantikan dekoder baru iaitu dekoder astro beyond. GURU bukan menyelar kemajuan astro, tetapi kaedah pemasaran mengganggu masa dan kelapangan dengan menggunakan telefon. Agak panas juga GURU sebab waktu itu GURU sedang mengajar di kelas. Seolah-olah kaedah pemasaran insuran atau takaful, sungguh memaksa dan tidak menyenangkan.

Satu lagi, baru saja guru memotong perkhidmatan astro ini. Tapi setelah memotong, ada lagi panggilan bertanyakan kenapa berhenti. Diberi sebab tidak mahu sudah melanggan, masih lagi bertanya seolah-olah GURU tidak patut hentikannya. Hak kita lah nak langgan atau tidak.

Senang sekarang, tiada bil yang membebankan. Banyak lagi siaran tv lain. Mudah dan tidak membebankan. Tetapi yang masih melanggan, tahniah dapatkan kenaikan yang istimewa ini pada bil yang akan dating.



Sabtu, 11 Jun 2011

Isu Bahasa SMS

Menarik minggu ini Sekadar Catatan tertarik dengan isu penggunaan bahasa SMS yang dikatakan macam gejala yang menular dikalangan rakyat Malaysia. Ye Ke? Seakan-akan bahasa SMS ini gejalanya menyamai kes pendatang asing. Ye Ke? Ai Nah ...

Mungkin GURU juga mahu memohon maaf atas penggunaan bahasa dalam blog ini yang menggunakan banyak dialek daerah. Mungkin ada dialek Johor dan mungkin ada dialek Sabah. Mungkin benda ini terjadi disebabkan kita bercakap di luar sana dengan bahasa 'pasar'. Jadi ada patutnya terbawa-bawa dalam penulisan.



Bagus juga ada sidang yang menggesa penakrifan baru tentang pemendekan bahasa yang sedang menular ini. Tetapi GURU juga mungkin tergolong dalam pengguna bahasa SMS ni kot. Mana tidaknya, lebih mudah

contoh:-

X         -       tidak / tak
bo / leh -       boleh
grrr      -       marah
hehe     -      seronok / ketawa
gi         -       pergi
sok      -       esok
mkn     -       makan
ko       -        kau
knp     -        kenapa


dan macam-macam lagi (mugkin x tersenarai). <----faham ke?

Cuma pesan GURU kepada semua pelajar janganlah menggunakan bahasa singkatan. Walaupun dibenarkan beberapa bahasa singkatan oleh DBP seperti kg, dlm, yg, kpd, dll. Panduan pemarkahan akan menolak sekiranya ada penggunaan bahasa yang tidak boleh difahami oleh pemeriksa.

Tambahan pemeriksa itu manusia. Sedangkan GURU sendiri akan pening kepala melihatkan tulisan pelajar yang seakan cakar ayam.

Maka dengan ini, diharapkan janganlah ditulis bahasa SMS ini didalam peperiksaan anda. Buruk padahnya.




Jumaat, 10 Jun 2011

Barang Pancing Baru

Peluang balik semenanjung, adalah GURU mencari barang pancing. Maklumlah harga barang seperti mesen pancing mahal sungguh di Sabah. GURU hanya menambah stok jikalau mesen yang lama rosak atau jatuh laut (harap janganlah berlaku). GURU telah singgah di kedai Joran Bagus di Kota Tinggi tetapi tiada stok yang menarik. Ada juga terlihat mesen pancing laut dalam, tetapi rasanya kurang praktikal kalau digunakan untuk menunda  + casting + memancing biasa.

Jadi carilah kedai lain kebetulan berdekatan ada GT Tackle. Jadi adalah beberapa barang yang agaknya berpatutan dan sesuai dengan budget. Untuk makluman GURU bukanlah pemancing yang tegar, hanyalah pemancing sambilan.

MAGURO Hyper Power 10,000 reel, 10+1 ball bearing


Puas cari hanya ini saja yang berkenan. Mahu cari Bannax GT Extreme, tapi habis. Sekurang-kurangnya talinya bolehlah sampai 500 meter.. 

 
 Stok tiada, selalunya beli hook VMC.

Penimbang Digital 40kg dengan Thermometer
 Bagus juga ada benda ni. Lepasni kalau dapat banyak gelama, bolehlah timbang kilo Hehehe..

Gewang Hinomia

 Hampanya hanya satu sewang saja yang menarik perhatian. Hajat mahu cari Yozuri tapi tiada stok langsung.

Maka, secara keseluruhannya, agak mengecewakan sikit. Mungkin ada tokan yang dah pok barang-barang hot. Tinggallah yang cikai2 je.

Khamis, 9 Jun 2011

Segmen Abg Teror | bloglist negeri


Hari ni GURU nak join segmen Abg teror iaitu segmen Bloglist mengikut negeri masing-masing. Bloglist abg teror ni terbuka untuk 100 orang blogger je (tapi dah tukar 500), Jadi kalau nak sertai cepat-cepatlah semua takut quota 500 tuh dah cukup pula. Untuk join bloglist ni kena jawap beberapa soalan mudah macam kat bawah ni, so apa lagi? Join cepat!!

1. Di mana anda dilahirkan? – Johor!

2. Di mana anda dibesarkan? – Johor!

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror. – Sabah!

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut. – Sebab kebanyakan posting ada 'flavour' sabahan




Selasa, 7 Jun 2011

Nasi, Malaysia Merdeka

independent day
Entah apa-apalah tajuk hari ini. Saja melayari internet, terjumpalah satu mamat ni, rasanya bukan d Malaysia.

Guru ada terjumpa video yang adalah sedikit sebanyak mengajar kita, syukurlah kita sebagai bangsa Malaysia. Mungkin ada baiknya sebab kita telah lama merdeka, apa salahnya kita menghargai walaupun bukan hari 31 Ogos.



Tajuknya 'we eat nasi', tapi in the end memang tersentuh lah.




Rabu, 1 Jun 2011

Installer, Azan (athan) Download

Progam azan (Athan)
Athan (Azan) 4.1 allows you to hear automatic Athan (Azan) at the right time five times a day on every prayer time. Most Accurate Prayer times, Qiblah direction, Hijri Islamic Calendar, and many beautiful Athan (Azan, Adhan) sounds. More than 10 Million Athan Downloads Worldwide. The most popular religious software according to download.com. Compatible with Win7, Vista, XP, NT, 98, 2000

Try Freeware of buy for more at
http://www.islamicfinder.org


How To Make A Blog Popular

Everybody wants to increase traffic towards to their blog. It takes longer to take a very good traffic. Follow some tips and you get a good traffic.

Koleksi Sukatan Pelajaran 2003

Mencari Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) dan Sukatan Pelajaran (SP) untuk panduan mengajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Download dengan menekan setiap tajuk / tingkatan / tahun disediakan
Hiasan

Mesti di ingat, hanya satu download dalam suatu masa. Menunggu Lima saat adalah amat dihargai.
Masalah Download Media dari Belog ini, [Klik Sini Untuk Panduan Download]



Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Arab Komunikasi

Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Ekonomi Tingkatan 4 dan 5
Sukatan Pelajaran (SP) Ekonomi

Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Geografi
Tingkatan 1 | Tingkatan 2 | Tingkatan 3 | Tingkatan 4 | Tingkatan 5
Sukatan Pelajaran (SP) Geografi

Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Kemahiran Hidup Bersepadu
Tingkatan 1a Tingkatan 1b | Tingkatan 2a Tingkatan 2b | Tingkatan 3a Tingkatan 3b
* a b bermaksud terpecah dua fail
Tahun 4 | Tahun 5 | Tahun 6
Sukatan Pelajaran (SP) | KBSM | KBSR

Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Rekacipta
Tingkatan 4 | Tingkatan 5 | Sukatan Pelajaran (SP)

Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Pendidikan Jasmani
Peralihan | Tingkatan 1 | Tingkatan 2 | Tingkatan 3 | Tingkatan 4(maaf tiada) | Tingkatan 5
Tahun 1 | Tahun 2 | Tahun 3 | Tahun 4 | Tahun 5 | Tahun 6
Sukatan Pelajaran (SP) KBSM dan KBSR
Tambahan | Pemetaan Sek Men - Muka Depan | Pemetaan Sek Ren - Muka Depan

Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Pendidikan Kesihatan
Semua Tingkatan 1,2,3,4,5 | Semua Tahun 1,2,3,4,5,6 | Sukatan Pelajaran (SP) KBSM & KBSR

Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Moral
Tingkatan 1 | Tingkatan 2a Tingkatan 2b | Tingkatan 3 | Tingkatan 4 | Tingkatan 5
Tahun 1 | Tahun 2 | Tahun 3 | Tahun 4 | Tahun 5 | Tahun 6
Sukatan Pelajaran (SP) | KBSM | KBSR

Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Muzik
Tingkatan 1, 2 & 3 (menengah bawah) | Tingkatan 4 & 5 (menengah atas)
HSP KBSR-a | HSP KBSR-b
Sukatan Pelajaran (SP) | Menengah Rendah | Menengah Atas | Sek Rendah

Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Seni Visual (PS)
Intro | Tingkatan 1 | Tingkatan 2 | Tingkatan 3 | Tingkatan 4 & 5
Intro | Tahun 1 | Tahun 2 | Tahun 3 | Tahun 4 | Tahun 5 | Tahun 6
Sukatan Pelajaran (SP) | KBSM | KBSR

Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Sejarah
Tingkatan 1 & 2 | Tingkatan 3 | Tingkatan 4a  Tingkatan 4b | Tingkatan 5a  Tingkatan 5b
Kajian Sejarah Tempatan Tingkatan 1, 2, & 3
Sukatan Pelajaran (SP) KBSM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareIt